Thursday, August 13, 2009

Jangan terpedaya risalah doa pelindung H1N1

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta orang ramai agar tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang kini giat disebarkan kepada orang ramai oleh pihak-pihak tertentu.
Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh seorang pegawai Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan pihaknya dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.
Ini kerana kata beliau, setelah merujuk kepada Jabatan Mufti Selangor, doa tersebut bukanlah doa yang khusus bagi melindungi H1N1 yang dimaksudkan tetapi merupakan doa yang diamalkan oleh ahli kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan.Justeru, orang ramai yang menerima bahan risalah berkenaan diminta lebih berhati-hati dan merujuk kepada pihak berwajib untuk pengesahan.

Wednesday, August 5, 2009

TIADA KEJAYAAN TANPA KESABARAN

Manusia tidak akan berjaya tanpa kesabaran. Dalam setiap ketika, manusia berada dalam situasi di mana dia harus mentaati Allah atau dia harus menjauhi larangan Allah. Samada dia perlu menerima perintah dan peraturan Allah atau bersyukur pada Allah. Kesemua ini menuntut kesabaran.
Jadi, sehingga mati tiada siapa dapat lari dari bersabar. Apa-apa yang berlaku pada kita di dunia ini samada sejajar dengan kemahuan kita atau tidak, sabar masih diperlukan.
Ujian dan kesusahan terbahagi kepada 2 kategori utama:
1. Kesusahan di luar batas kawalan seseorang2.
Kesusahan disebabkan oleh orang lain.
Dalam mendepani kesusahan di luar batas kawalan, selalunya manusia memberi reaksi berikut:
1. Merasa putus asa dan tidak berpuas hati, merungut dan merasa panik
2. Bersabar samada kerana Allah atau kerana sifatnya yang memang kuat dan cekal
3. Menerima dengan redha.4. Menerima keadaan dengan penuh rasa syukur.
Dalam berdepan kesusahan yang disebabkan oleh orang lain, manusia memberi respon berikut:
1. Memilih untuk memaafkan dan melupakan atau tidak
2. Memutuskan untuk tidak membalas dendam atau membalas
3.Terus melayan baik orang yang memberi layanan buruk kepada beliau.
Sumber: SASJAIS..

Thursday, February 5, 2009

Itulah Politik Tiada Malu

Macam-macam boleh jadi dalam politik. Itulah kata-kata yang sering kita dengar apabila berlaku sesuatu yang pelik dalam perkembangan politik, sama ada politik di dalam Malaysia, mahupun di peringkat antarabangsa.

ITULAH POLITIK
Kelmarin diberitakan Iran melancarkan satelit mereka yang pertama, tujuannya adalah semata-mata untuk perkembangan komunikasi. Namun berita-berita di UK sudah bersangka buruk dengannya, dengan memberikan gambaran Iran akan menggunakannya untuk tujuan ketenteraan. Isu tenaga nuklear sudah lama dibincangkan. Peliknya, mengapa Israel dibenarkan menggunakan dan menyimpan senjata nuklear, demikian Amerika, dan lain-lain Negara besar dibenarkan tanpa banyak soal boleh menyekat kebebasan sebuah Negara lain seperti Iran dan Korea. Mudah jawapannya, ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', orang kata ‘tidak adil' dan lain-lain.

Apabila terang-terang, Yahudi Zionis melakukan jenayah kemanusiaan apabila membunuh begitu ramai orang awam di Palestin. Mereka tidak dikutuk teruk, Presiden Obama dan sekutunya seolah-olah BUTA, dan terus mengemukan hujjah-hujjah yang kelihatan ‘amat kurang aqal' dan melucukan. Orang akan kata, ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil' dan lain-lain.

Apabila beberapa pemimpin dan ahli sebuah parti Islam yang menentang habis-habisan sebuah parti kebangsaan yang disebutnya kafir dan munafik. Tiba-tiba melompat ke parti yang dikatakan munafiq. Juga dengan ‘hujah tahap tadika'. Orang kata ..ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil' dan ‘jilat ludah sendiri' dan lain-lain.

Apabila seorang bekas ketua gerakan orang muda sebuah parti yang mendokong ‘perubahan' dan anti rasuah, dahulunya HEBAT ya AMAT HEBAT membantai beserta sumpah dan kotak-kotak bukti rasuah orang daripada parti yang ditentangnya. Tiba-tiba tidak semena-mena membawakan hujjah ‘tadikal lalu melompat kepada parti lawannya. Orang kata..ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil', ‘jilat ludah sendiri', ‘tiada maruah' dan lain-lain. Pedulilah apa orang nak kata.

Seorang wakil rakyat melompat parti dari A kepada parti B, dalam tempoh beberapa hari, apabila dirasakan keadaan tidak selamat bagi dirinya, melompat semula kepada parti A. Dikemukan beberapa hujjah ‘t tadika' juga. Lalu dirasakan dirinya telah berjaya menjustifikasikan tindakan ‘beraqal tadikanya'. Orang kata, ITULAH POLITIK!

Beberapa orang lagi, tidak melompat ke parti lain, tetapi melompat juga, melompat ke parti tiada cap. Diri sedang diteliti akibat kes-kes rasuah, termasuk rasuah seks. Tetapi seolah gentleman yang bijak pandai, menjustifikasikan tindakannya dengan hujah ‘tadika'. Tidak segankah mereka? Orang kata, ITULAH POLITIK! Tiada yang malu dalam politik? Semua boleh buat asalkan boleh manfaat untuk diri, peduli orang lain.?

BODOH SANGAT RAKYAT DI MATA AHLI POLITIK?
Tidak sedarkah individu-individu seperti yang disebut di atas, betapa hina mereka di sisi mata orang ramai?. Atau terlalu bodohkah orang ramai di mata mereka.? sehingga boleh didatangkan dengan hujjah-hujjah versi ‘tiada aqal', lalu tersenyum lebar menyangka semua orang masih menghormatinya luar dalam.

Sedangkan manusia yang reti, faham dan ‘ada aqal', memandangkan dengan pandangan busuk. Orang busuk sedang berjalan, orang busuk sedang bercakap, sedang menghadiri mesyuarat. Kita kerap mengganggap POLITIK sebagai tiket atas segala kepelikan hasil perlakuan orang politik.

Seeloknya, jangan lagi diletakkan beban dan sebab kepada POLITIK apabila ingin melakukan sesuatu yang TIDAK BERMORAL, TIADA MARUAH dalam industri politik. Beritahu sahaja sedemikian.

"Saya rasuah sana sini, tipu sana tipu sini, buat ini, buat itu, lompat sana, lompat sini sebenarnya KERANA SAYA INI TIADA MARUAH, TIADA MALU DAN TAMAKKAN DUNIA "

Adakah ahli politik tidak perasan bahawa seribu satu macam jenayah mereka sebenarnya adalah 'open secret' di kalangan rakyat.? Cuma gagal di buktikan di mahkamah dunia sahaja, kerana itu masih bebas.

Lihat sahaja rumah ahli politik sebelum dan selepas, padahal gaji dan elaun sebagai ahli parlimen Malaysia hanya sekitar RM 10,000 dan ADUN sekitar RM 8,000. Lihat pula rumah dan harta pegawai atasan kerajaan termasuk Polis. Cubalah jenguk dan tinjau rumah mereka dan lihat gaya hidupnya. Jika ada Umar al-Khattab, pastinya tercabut semuanya.

KERAJAAN NEGERI PERAK
Semasa saya menulis artikel ini, belum ada keputusan dari pihak Sultan sama ada untuk memperkenankan pembubaran DUN atau tidak. Namun, adalah sangat bijak jika diperkenankan pembubaran bagi menyapu bersih muka-muka yang tiada ‘malu' DENGAN PERLAKUAN SALAH MEREKA atau yang juga sedang merendahkan minda dan hak rakyat di negeri mereka. Sangat elok kiranya, rakyat diberi peluang semula untuk memilih pemimpin mereka agar individu tiada parti diganti dengan yang ada parti. Yang melompat-lompat diganti dengan yang tidak melompat. Amat diharap DUN boleh dibubarkan. Ia saya kira keputusan yang terbaik di mata pemerhati awam khususnya saya.

Bagi saya, kes di Perak sebenarnya membuktikan betapa ‘TIDAK TAHU MALUNYA' sebahagian orang-orang politik di Malaysia. Seolah tidak lagi mereka mengendahkan perasaan, kebencian dan minda rakyat. Tiada lagi malu untuk berbuat apa sahaja atas nama politik. Yang penting boleh dijustifikasikan walaupun dengan hujjah tidak beraqal.

INILAH POLITIK TIDAK TAHU MALU namanya dan politik hina dan membawa kepada kehinaan dan tiada maruah. Nabi s.a.w pernah menyebut kita PERLU MALU, kerana malu adalah agama, dengan terang lagi jelas baginda menyebut :-

إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى إذا لم تستح فاصنع ما شئت

Erti : Sesungguhnya, perkara yang telah diketahui ramai dari perkataan nabi-nabi awal dahulu adalah : Apabila kamu tidak lagi mempunyai perasaan malu, kamu buatlah ( akan berbuat) apa sahaja ( Riwayat Al- Bukhari)
Dan satu lagi :
الحياء خير كله
Ertinya : Perasaan malu itu semuanya (membawa) kebaikan (riwayat Muslim)
dan sebuah lagi hadis menjelaskan :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( استحيوا من الله حق الحياء ) ، قلنا : يا رسول الله إنا نستحيي والحمد لله ، قال : ( ليس ذاك ، ولكن الاستحياء من الله حق الحياء أن تحفظ الرأس وما وعى ، والبطن وما حوى ، ولتذكر الموت والبلى ، ومن أراد الآخرة ترك زينة الدنيا ، فمن فعل ذلك فقد استحيا من الله حق الحياء )
Ertinya : Ibn Mas'ud menceritakan : Rasul bersabda : berasa malulah dengan Allah SWT DENGAN sebenar-benar erti malu, sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah pun berasa malu itu Alhamdulillah,
Baginda menjawab : Bukan demikian, tetapi malu kepada Allah swt yang sebenar-benarnya adalah dengan menjaga kepalamu dan setiap apa yang di dalam pemikiranmu, menjaga perutmu dan setiap apa yang diingininya, dan perbanyakkan ingatan kepada mati dan kehancuran, barangsiapa yang inginkan Akhirat, bakal meninggalkan perhiasan dunia (tidak ditipu dengan kepentingan dunia), seseiapa yang berbuat demikian seperti disebut di atas, mereka telah malu kepada Allah swt dan melaksanakan hak ‘malu' ( Riwayat At-Tirmidzi )
AKHIRNYA
Akhirnya, buat diri saya dan semua warga Malaysia di mana jua kita berada, berperanan dalam apa jua jawatan dan kapasiti. Malulah dengan Allah swt, diri sendiri, orang ramai. malu dalam kejahatan, bukan malu untuk melakukan kebaikan.
Janganlah bermain dengan POLITIK TAK TAHUN MALU!! Janganlah menjadikan tindakan TIDAK TAHU MALU sebagai strategi politik. Kerana ia memalukan kami untuk mempunyai pemimpin yang TIDAK TAHU MALU.

Sekian..
:: Petikan dari tulisan ::
Zaharuddin Abd Rahman @
www.zaharuddin.net
RENUNGILAH SEDALAMNYA SAHABAT2 KU..

Tuesday, October 21, 2008

Nak Cepat Kaya, Kaji dan Selidiki Dulu..

Bank Negara Malaysia Membuat Serbuan Terhadap Empat Buah Syarikat yang Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan Pengambilan Deposit Secara Haram dan Pengubahan Wang Haram

Pada 13 Oktober 2008, Bank Negara Malaysia telah membuat serbuan terhadap Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd., dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank & Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001. Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana orang yang tidak mempunyai lesen daripada menerima, mengambil atau setuju menerima deposit, manakala Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 melarang mana-mana orang daripada terlibat atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat melakukan kegiatan pengubahan wang haram.

Serbuan telah dibuat di premis syarikat-syarikat tersebut di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat-syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Mana-mana orang atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah 25(1) BAFIA 1989 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Mana-mana orang atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan yang dianjurkan melalui Internet, panggilan telefon, atau seminar oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan atau dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit atau menjalankan urus niaga tukaran asing. Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit terdapat di laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

Orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia untuk sebarang pertanyaan lanjut di pusat perhubungan berikut:

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK) (Pusat Perkhidmatan Pelanggan) Tingkat Bawah, Blok DJalan Dato' Onn50480 Kuala Lumpur

BNMTELELINK(Pusat Perhubungan Pelanggan)1-300-88-5465 atauE-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Sunday, August 17, 2008

Angkat Sumpah hebat lagi dari sistem perundangan??

Perihal isu semasa yang semakin hangat menjelang Pilihan raya Kecil 26 Ogos ini, menyaksikan masyarakat tersentak dengan 1001 persoalan yg sukar dijawabkan, apatah lagi dengan jawapan2 yg tidak masuk akal dan bersandarkan kepada pemahaman seseorang, yang semestinya tidak jauh lari dari politik-kus semata-mata.
Manjadi buah bicara masyarakat, lebih2 lagi mengenai akuan bersumpah yang cukup terang dan jelas, tanpa disuluh ( dek siang hari n pancaran kamera wartawan) menunjukkan bahawa 1 teknik yang mungkin kurang popular (tetapi dah di popularkan), menjadi teknik yang memberi impak yang besar kepada masyarakat khususnya dalam bab meyakinkan masyarakat, mengambil perhatian dan simpati kepada pihak2 yang tertentu.

Walaubagaimanapun, ia dilihat serius oleh sebilangan pihak iaitu Persatuan Peguam Syarie Malaysia, kerana ia seumpama mencabar kredibiliti dan kewibawaan institusi mahkamah.

“ Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepatutnya mengemukakan segala dakwaan atau keterangan di mahkamah dan bukan di tempat awam serta disiarkan media,” kata Setiausaha Agung, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang.

~ Beliau berpendapat tindakan Mohd Saiful bersumpah laknat seolah-olah tidak menghormati dan mencabar kewibawaan insitusi mahkamah, demikian menurut laporan Bernama.~
Mohd Saiful mengangkat sumpah itu di Masjid Wilayah Persekutuan Jumaat lalu dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya secara paksa. Majlis angkat sumpah itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat. Saiful mendakwa beliau diliwat secara paksa oleh penasihat PKR itu di kondominium mewah di Damansara.

p/s : Dengan bersumpah, kiranya boleh la kita sendiri yg jadi hakim oo??? Xperlu la susah payah guna sistem kehakiman lagi.... Hee, renung2kan lah...

:: nampak gaya susah la hakim n peguam nak carik makan daaa. (^^) knk carik keja lain shabat ku K-rol, hehe ::

Thursday, August 14, 2008

Rahsia Khusyuk dalam Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia4
. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.

Be Inspired!

This is a story that I received from a friend. A very short yet inspiring story. Allah's Hidayah is always there, around us. It comes in all sorts of forms. It's either we are aware of it or we simply take advantage on it.

The park bench was deserted as I sat down to read beneath the long, straggly branches of an old willow tree. Disillusioned by life with good reason to frown, for the world was intent on dragging me down. And if that weren’t enough to ruin my day, a young boy out of breath approached me, all tired from play. He stood right before me with his head tilted down and said with great excitement, “Look what I found!” In his hand was a flower, and what a pitiful sight, with it’s petals all worn, not enough rain, or too little light. Wanting him to take his dead flower and go off to play, I faked a small smile and then shifted away. But instead of retreating he sat next to my side and placed the flower to his nose and declared with overacted surprise, “It sure smells pretty and it’s beautiful, too. That’s why I picked it; here it’s for you.” The weed before me was dying or dead. Not vibrant of colors, orange, yellow or red. But I knew I must take it, or he might never leave. So I reached for the flower, and replied, “Just what I need.” But instead of him placing the flower in my hand, he held it mid-air without reason or plan. It was then that I noticed for the very first time that weed-toting boy could not see: he was blind. I heard my voice quiver, tears shone like the sun as I thanked him for picking the very best one. You’re welcome, he smiled, and then ran off to play, unaware of the impact he’d had on my day. I sat there and wondered how he managed to see a self-pitying woman beneath an old willow tree. How did he know of my self-indulged plight? Perhaps from his heart, he’d been blessed with true sight. Through the eyes of a blind child, at last I could see the problem was not with the world; the problem was me. And for all of those times I myself had been blind, I vowed to see the beauty in life, and appreciate every second that’s mine. And then I held that wilted flower up to my nose and breathed in the fragrance of a beautiful rose. And smiled as I watched that young boy, another weed in his hand about to change the life of an unsuspecting old man.