Wednesday, August 5, 2009

TIADA KEJAYAAN TANPA KESABARAN

Manusia tidak akan berjaya tanpa kesabaran. Dalam setiap ketika, manusia berada dalam situasi di mana dia harus mentaati Allah atau dia harus menjauhi larangan Allah. Samada dia perlu menerima perintah dan peraturan Allah atau bersyukur pada Allah. Kesemua ini menuntut kesabaran.
Jadi, sehingga mati tiada siapa dapat lari dari bersabar. Apa-apa yang berlaku pada kita di dunia ini samada sejajar dengan kemahuan kita atau tidak, sabar masih diperlukan.
Ujian dan kesusahan terbahagi kepada 2 kategori utama:
1. Kesusahan di luar batas kawalan seseorang2.
Kesusahan disebabkan oleh orang lain.
Dalam mendepani kesusahan di luar batas kawalan, selalunya manusia memberi reaksi berikut:
1. Merasa putus asa dan tidak berpuas hati, merungut dan merasa panik
2. Bersabar samada kerana Allah atau kerana sifatnya yang memang kuat dan cekal
3. Menerima dengan redha.4. Menerima keadaan dengan penuh rasa syukur.
Dalam berdepan kesusahan yang disebabkan oleh orang lain, manusia memberi respon berikut:
1. Memilih untuk memaafkan dan melupakan atau tidak
2. Memutuskan untuk tidak membalas dendam atau membalas
3.Terus melayan baik orang yang memberi layanan buruk kepada beliau.
Sumber: SASJAIS..

3 comments:

Hj. Haziq Ahmad Zaki said...

Betul Tu, Tidak Ada Kejayaan Tanpa Kesabaran, Renung - Renungkanlah Balik Apa Yang Kita Telah Lakukan Selama Ini.

Hj. Haziq Ahmad Zaki said...

Malaysia, Brunei baharui iltizam


BANDAR SERI BEGAWAN 5 Ogos – Malaysia dan Brunei Darussalam hari ini memperbaharui iltizam bagi mengukuhkan lagi kerjasama dua hala seperti yang dipersetujui menerusi Pertukaran Surat (LoE) yang ditandatangani di sini pada 16 Mac lalu.

Kedua-dua negara juga memperbaharui tekad untuk memberi tumpuan khusus terhadap bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan serta keperluan menggalakkan sektor awam dan swasta meneroka bidang baru, termasuk kemungkinan membentuk pelaburan bersama negara ketiga.

Keputusan itu dinyatakan melalui kenyataan bersama selepas pertemuan empat mata antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, sempena Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei kali ke-13 di Istana Nurul Iman di sini hari ini.

Sebelum itu, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menghadap Sultan Brunei yang beserta Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar. Turut sama lapan menteri Kabinet dan dua ketua menteri yang menyertai delegasi yang dianggap besar pada kali ini.

Ia disusuli pertemuan empat mata Najib dan Sultan Hassanal Bolkiah yang berlangsung kira-kira satu jam sebelum kedua-dua pihak menandatangani perjanjian Pengecualian Cukai Berganda (DTA).

Pada majlis menandatangani itu, Malaysia diwakili Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed manakala Brunei oleh Menteri Kewangan Kedua, Pehin Datuk Seri Setia Awang Abdul Rahman Ibrahim.

Selain Mustapa, menteri Kabinet yang turut serta ialah Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng. Yen Yen; Menteri Kesihatan,Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

LoE yang ditandatangani pada 16 Mac lalu adalah sempena lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ia antara lain mengandungi beberapa prinsip kerjasama untuk dilaksanakan ke arah menentukan persempadanan darat dan maritim Malaysia-Brunei.

Kenyataan bersama itu juga menyatakan kesedaran Malaysia dan Brunei terhadap potensi kerjasama dua hala yang boleh ditingkatkan lagi dalam bidang pertanian, produk halal dan produk kelapa sawit terutama di Sabah serta Sarawak.

Selain itu, ia juga menggalakkan usaha sama dalam kegiatan berkaitan tenaga merangkumi kuasa elektrik hidro dan pembangunan industri hiliran hidrokarbon.

Menurut kenyataan itu lagi, Brunei turut tertarik dengan koridor pembangunan di Malaysia sementara Malaysia memuji hasrat Brunei mewujudkan Jawatankuasa Bersama ke arah menyediakan persekitaran lebih kondusif, sejajar hasrat merapatkan hubungan.

Kedua-dua pihak juga akan meningkatkan kerjasama dalam sektor pengangkutan bagi memperkemaskan rangkaian perdagangan dan pelaburan serta pelancongan, termasuk Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

Malaysia dan Brunei juga membincangkan pelbagai isu wilayah dan antarabangsa yang membabitkan kepentingan bersama, termasuk persetujuan untuk menangani krisis ekonomi global dan wabak pandemik termasuk Influenza A (H1N1).

Kedua-dua negara juga berpuas hati dengan hasil rundingan kali ini dan yakin mekanisme berkenaan akan mengukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala.

Menjelang bulan puasa pula, kedua-dua pemimpin mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam di kedua-dua negara.

Sementara itu, Malaysia akan menjadi tuan rumah rundingan itu pada tahun depan.

Zaimah Hadanan said...

Salammm.....
Betul2...kalau kita tak ada kesabaran dalam diri kita ini maka sukar untuk menjalani kehidupan yang tenang dan teratur....
waallahualam....