There was an error in this gadget

Tuesday, October 21, 2008

Nak Cepat Kaya, Kaji dan Selidiki Dulu..

Bank Negara Malaysia Membuat Serbuan Terhadap Empat Buah Syarikat yang Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan Pengambilan Deposit Secara Haram dan Pengubahan Wang Haram

Pada 13 Oktober 2008, Bank Negara Malaysia telah membuat serbuan terhadap Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd., dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank & Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001. Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana orang yang tidak mempunyai lesen daripada menerima, mengambil atau setuju menerima deposit, manakala Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 melarang mana-mana orang daripada terlibat atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat melakukan kegiatan pengubahan wang haram.

Serbuan telah dibuat di premis syarikat-syarikat tersebut di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat-syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Mana-mana orang atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah 25(1) BAFIA 1989 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Mana-mana orang atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan yang dianjurkan melalui Internet, panggilan telefon, atau seminar oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan atau dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit atau menjalankan urus niaga tukaran asing. Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit terdapat di laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

Orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia untuk sebarang pertanyaan lanjut di pusat perhubungan berikut:

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK) (Pusat Perkhidmatan Pelanggan) Tingkat Bawah, Blok DJalan Dato' Onn50480 Kuala Lumpur

BNMTELELINK(Pusat Perhubungan Pelanggan)1-300-88-5465 atauE-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

No comments: